CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 26, 2010

DUHAI WANITA!!

Duhai Wanita....
Tatkala kau menitiskan air matamu kerana dipermainkan teman lelakimu.
ALLAH pula menunggumu menitiskan air matamu kerana mengharapkan kasihNya.

Duhai Wanita.
Tatkala kau merebahkan dirimu di hadapan lelaki yang bukan mahram bagimu. ALLAH pula menunggumu kembali mengharapkan pengampunanNya.

Duhai wanita...
Usahlah kau menjerumuskan dirimu ke lembah yang hina. Usahlah kau biarkan mereka yang bergelar lelaki merosakkan dirimu.

Duhai wanita...
Kembalilah dikau ke pangkuan ALLAH dengan penuh pengharapan dan penginsafan.

Thursday, June 24, 2010

keistimewaan WANITA

  • 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal itu, jawab Baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia

  • 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

  • 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

  • 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  • 5. Apabila lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan susunya diberi satu kebajikan.

  • 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

  • 7. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

  • 8. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  • 9. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

  • 10. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.

  • 11. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Tuesday, June 22, 2010

pencarian dalam mencari pemilik tulang rusukku

suatu kisah..
kisah benar belaka
seorg lelaki dlm pencarian
mencari pemilik rusuk kirinya
sudah bertahun bersendirian
muncullah calon yg entah ke berapa
seperti biasa
diusulkan emak tersayang

bukan calang2 calon yg diusulkan
lulusan universiti Timur Tengah
menghormati permintaan si anak
yang mahu pendamping solehah
sejuk mata memandang
bertudung labuh litup
pandai berbahasa Arab
pendek kata tip top!!

si lelaki mulakan istikharah
hampir berminggu
setelah meneliti gambar
mula mencari maklumat
sebelum sesi ta'aruf bermula

si lelaki menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
yang kini mungkin Facebook
satu keajaiban!!
si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
tiba-tiba tergamam
si gadis masih anggun
bertudung labuh litup
bergambar sakan
ADUH!!

terkejut bukan kepalang
calon solehah di reject tanpa ihsan
bukan menjadi pilihan
HANYA KERANA GAMBAR DI TAYANG
PEMILIHAN TERBATAL

Dia pernah berkata
perempuan cantik itu
tidak memandang dan tidak di pandang
perempuan cantik itu
tidak mengenali dan tidak dikenali
perempuan cantik itu
tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya..
solehah kempunan calon soleh
merayu untuk dipertimbangkan
tapi sayang sekali
si lelaki tetap tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan Kamu
Mari mempelajari,
mencontohi watak2 wanita salafussoleh
sifat,pengorbanan dan perjuangan mereka
kerana wanita solehah itu
lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh..

wallahu'alam...sama2 ambil iktibar.
by:Nor Azleen Shamshudin

wasiat iman syafie


Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :

Pertama :
Hak Kepada Diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut iaitu mengaqadhakan kewajipan-..kewajipan
yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi,
membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah

Ketiga :
Hak Kepada Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan.. solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat :
Hak Kepada Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima :
Hak Kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan

Keenam :
Hak Kepada Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman da suka berjemaah.

Ketujuh :
Hak
Kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah,
berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan
sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan :
Hak
Kepada Ridhwan iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima
bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

Kesembilan :
Hak
Kepada Rasulullah SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan
syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing
dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.

Kesepuluh :
Hak
Kepada Allah SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah
manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci
kemaksiatan.

Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin….