CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 30, 2010

Indahnya saat sakaratul maut para sahabat Rasulullah S.A.W.

Walaupun sakaratul maut itu digambarkan betapa ngerinya,tetapi marilah kita menghayati keindahan kisah sakaratul maut para sahabat,yakni digambarkan oleh Rasulullah sebagai bintang2 dilangit.

Indahnya Kematian Umar bin Khatab.

Ketika Umar Al-Faruq menjelang ajal,beliau berkata kepada puteranya Abdullah,"Letakkan pipiku di atas tanah.",namun Abdullah enggan untuk melakukan demikian. Beliau berkata sehingg 3 kali,"Letakkan pipiku di atas tanah,semoga Allah melihatku dalam keadaan demikian,kemudian Dia merahmatiku."

Diriwayatkan,bahawa beliau terus menangis sehingga pasir-pasir menempel di kedua mata beliau seraya berkata,"Celakalah Umar,celaka juga ibunya,jika Allah tidak memaafkannya."

Indahnya Kematian Usman bin Affan.

Usman r.a. berkata di akhir hayatnya,"Tidak ada Allah selain Engkau,Maha Suci Engkau ya Allah,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang berbuat aniaya.Ya Allah aku mohon pertolongan dalam semua urusanku, dan aku memohon kesabaran dalam menghadapi ujian yang menimpaku."


Indahnya Kematian Abu Hurairah.


Ketika Abu Hurairah sakit tenat beliau menangis,lalu ditanya,"Apa yang membuat anda menangis?"Beliau menjawab,"Saya menangis bukan kerana dunia ini,tetapi saya menangisi perjalanan selepas ini,bekalku yang sedikit,lalu saya akan berada disuatu tempat yang menanjak lagi amat luas,sedangkan saya tidak tahu akan dimasukkan ke neraka atau syurga.


Indahnya Kematian Abu Darda'.

Ketika menjelang wafatnya Abu Darda',dia berkata,"Apakah seseorang tidak mahu beramal untuk mempersiapkan pentas perjuangan ini?Mengapa orang tidak beramal untuk menghadapi waktu ini?Mengapa orang tidak beramal untuk menyongsong hariku ini?"Kemudian beliau menangis,maka isteri beliau bertanya,"Mengapa engkau menangis,bukankah engkau telah menemani Rasulullah?"Beliau menjawab,"Bagaimana aku tidak menangis sedangkan aku tidak mengetahui bagaimana dosa-dosa telah menyerangku."


Disebutkan bahawa Abu Darda' apabila ada seseorang yang meninggal dalam keadaan baik,maka beliau berkata,"Berbahagialah engkau,andaikan aku dapat menggantikan dirimu."Maka Ummu Darda' bertanya kepadanya tentang hal itu,lalu beliau menjawab,".........bukankah engkau tahu,bahawa ada seseorang yang pagi-pagi dia beriman,namun di petang hari telah menjadi munafik,ia lepaskan keimanannya tanpa dia menyedarinya."


Sumber dari buku berjudul "Malam Pertama di Syurga".

0 comments:

Post a Comment